Home » » Belajar Blogging - Rekabentuk - Konfigurasi Kepala

Belajar Blogging - Rekabentuk - Konfigurasi Kepala

Written By Pentadbir on Thursday, April 27, 2017 | April 27, 2017

Menggunakan tema yang mudah akan lebih menyeronokkan apabila kita mula menggubah rekabentuknya (Layout). Banyak yang boleh diterokai berbanding tema-tema yang hebat dan canggih.

Kllik pada menu "Layout" dan akan menjumpai paparan seperti di sebelah ini yang menunjukkan kedudukan widget-widget seperti pelan lantai sebuah rumah. Di sini anda boleh menambah atau membuang widget-widget mengikut selera anda.

Apabila anda telah biasa dengan cara mengubahsuai rekabentuk blog, anda boleh menukar tema kepada tema yang lebih hebat dan menarik. Dengan cara ini anda akan memahami mengapa ada di antara tema yang hebat itu tidak memaparkan sebahagian daripada widget-widget anda.

Sebagai permulaan mari kita membuat konfigurasi kepala blog (Header). Klik "edit" petak Header.

Di sini anda boleh menukar tajuk (title) blog anda pada bila-bila masa sahaja. Hanya perlu diingat bahawa menukar tajuk blog tidak bermakna alamat URL juga akan bertukar. Alamat URL adalah sesuatu yang kekal.

Anda boleh membiarkan ruangan Blog Description kosong atau menerangkan serba sedikit mengenai blog anda. Namun, penerangan tersebut mungkin akan menjadi masaalah sekiranya anda memasukan imej sebagai logo blog kerana ruangnya yang terhad.

PERHATIAN ketika memuatnaik imej.
Pastikan imej anda tidak melebihi 752 pixels lebar. Sekiranya imej anda melebihi lebar tersebut, sila klik pada butang "Shrink to fit" terlebih dahulu. Blogger.com hanya akan mengecutkan imej anda ketika ia sedang dimuatnaik. Selepas imej dimuat naik, pilihan "Shrink to fit" tidak akan kelihatan lagi.

Terdapat dua cara memasukkan imej logo ke dalam blog anda:
  1. Muatnaik dari komputer.
  2. Meminjam dari yang sedia ada di internet. Cara ini tidak digalakkan kerana apabila imej tersebut terpadam atau dipadamkan oleh pemilik, ianya akan memberi kesan ke atas imej di blog anda. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk muatturun imej tersebut ke dalam komputer anda terlebih dahalu dan gunakan cara pertama untuk muatnaiknya semula.
Menentukan kedudukkan imej di dalam header pula seperti berikut:
  1. Di belakang tajuk dan penerangan
    Cara ini akan membuat imej dijadikan sebagai imej latar kepada tajuk dan penerangan. Pastikan warna dan corak imej tidak menenggelamkan teks anda.
  2. Menggantikan tajuk dan penerangan
    Cara ini pula meletakkan tajuk dan penerangan terlindung di belakang. Pada bila-bila masa anda mengeluarkan imej tersebut, tajuk dan penerangan akan terpapar kembali.
  3. Meletakkan penerangan selepas imej.
    Cara ini akan membuat imej menindih tajuk ke belakang dan menolak pernerangan berada di sebelah kirinya. Pastikan lebar imej membenarkan penerangan mempunyai ruang untuk paparan.
Setelah selesai melakukan pengubahsuaian tersebut, klik butang "SAVE"
Share this article :

0 comments:

Post a Comment