Home » » Belajar Blogging - Mendaftar Blog

Belajar Blogging - Mendaftar Blog

Written By Pentadbir on Thursday, April 20, 2017 | April 20, 2017


Langkah pertama sebelum mendaftar blog ialah memastikan anda telah mempunyai akaun Gmail anda. Sekiranya belum, sila ke http://gmail.com terlebih dahulu. Sekiranya anda telah mempunyai akaun tersebut maka anda boleh terus ke http://blogger.com dan klik pada butang "Create A Blog" dan memulakan pengembaraan anda.

Inilah paparan pertama yang akan anda lihat!

Masukan nama blog anda di ruangan "Title". Jangan takut mencuba sebarang nama kerana nama blog boleh sama dengan nama blog yang telah ujud dan boleh ditukar pada bila-bila masa.

Selepas itu anda boleh mula memilih alamat blog anda. Anda akan diberitahu sekiranya alamat tersebut telah didaftarkan sebelum ini.

Penting:
Alamat blog yang didaftarkan TIDAK BOLEH ditukar tetapi anda masih boleh mendaftar blog baru. Ini bermakna anda terpaksa bermula dari awal kembali.

Sebagai permulaan, pilih "Theme" yang mudah untuk memahirkan diri anda. Tema ini boleh ditukar pada bila-bila masa tanpa mengorbankan masukan/posting yang telah sedia ada.

Teruskan ke topik "Setting"

SELAMAT BERBLOG

Share this article :

0 comments:

Post a Comment